SOALAN LAZIM
8:51 AM
|
1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu
produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Com Berhad dan
diedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn. Bhd.
2. Dimana saya boleh dapatkan Starter
Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada
mana-mana pengedar ONEXOX yang dilantik. Atau membuat belian dengan kami di
sini >> BELI ONE XOX
3. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi dan
Akaun Utama?
Akaun tersebut diadakan bagi memberi
ruang penjimatan kepada pelanggan ONEXOX. Dengan ini, pelanggan boleh merancang
perbelanjaan tambah nilai bagi menikmati kadar rendah berterusan yang
ditawarkan pada Akaun Dedikasi.
4. Dimana saya boleh dapatkan tambah
nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada
pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7Eleven, stesen-stesen minyak seperti
Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso, perbankan internet seperti CIMB
'Click" dan RHB 'Now', dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan
terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada
pengedar ONEXOX.Tambah nilai juga boleh dibeli secara online menerusi portal
SELF CARE . BELI RELOAD ONE XOX SELF
CARE
5. Apa yang boleh dilakukan menerusi
portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang
boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda.
Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet:
Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota &
menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar
sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan
internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit,
tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata
kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili &
Rakan': mendaftar/menambah & memadam
6. Apakah denominasi tambah nilai yang
ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan
anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi
anda.
7. Adakah pelan data (internet mudah
alih) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir
semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan
yang betul. Walaubagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak dapat menyokong
perkhidmatan 'Blackberry Internet Service (BIS)'.
8. Bolehkah saya melanggan ONEXOX
dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. MNP . Rujuk BELI SIMKAD ONE XOX
9. Dimanakah letaknya kredit termuat
RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat
sebarang tambah nilai?
Kredit termuat RM5 terletak di dalam
Akaun Utama. SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang
tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.
10. Bagaimanakah saya menggunakan SMS
percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada
nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX).
11. Adakah saya layak mendapat kadar
Famili & Rakan jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap menikmati kadar Famili
& Rakan walaupun menggunakan baki kredit di dalam Akaun Utama.
Created with Artisteer
Subscribe to:
Posts
(Atom)